~Assalamualaikum~

salam wbt

Thursday, March 10, 2011

~ what "perbandingan psikologi Barat dan Islam"...~

Perbandingan Psikologi Barat dan Islam

Daripada pendefinisian diatas dari perspektif Islam dan Barat, dapat lah dirumuskan bahawa psikologi ini adalah satu kajian yang saintifik (ilmiah). Namun disebalik persamaan pendefinisian ini terdapat perbezaan yang dapat dilihat dalam psikologi menurut Islam dan Barat. Perbandingan serta penilaian ini dapat dilakukan secara kritis antara psikologi Islam dan Barat melalui sumber-sumber yang digunakan, pendekatan yang dilakukan, objektif, teori dan prinsip serta subjek kajian. Perbezaan yang dapat dilihat:

a. Sumber-sumber

Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokoh-tokoh psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana is menjelaskan, menghuraikan, menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan al-Sunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik.

Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber yang tidak berpaksikan kepada panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pengkajian Barat ini lebih bersumberkan kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan teori dan sumber mereka bersifat “imprical”. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil daripada ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti William James, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda L.Davidoff dan sebagainya.

b. Subjek kajian.

Oleh kerana psikologi menggunakan kajian tingkah laku manusia maka tiada beza di antara subjek kajian bagi kedua-dua aliran. Ini adalah kerana subjek kajian adalah sama dengan menggunakan manusia. Bagi psikologi Islam, semestinya di dalam al-Quran telah menggesa umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas manusia dijadikan sebagai khalifah (Abdul Rahman,1970:10). Dalam psikologi Barat, mereka tidak menggunakan pendekatan al-Quran dalam menjelaskan kejadian manusia, perkembangan sebelum dan selepas kelahiran bahkan mereka hanya menggunakan logik akal semata-mata. (Charles & Albert,1999: 2).

c. Objektif

Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah hamper sama iaitu memberikan pendedahan tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan kearah mencapai keredhaan Allah swt (Abdul Rahman,1970:10).

Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri sendiri. Kemudian mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian, perniagaan, kepimpinan dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu menyelesaikan masalah semata-mata(Charles & Albert,1999: 2).

d. Teori dan prinsip

Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul, diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalah diri manusia yang dizahirkan perbuatannya.

Manakala menurut Charles dan Albert (1999), teori psikologi barat dibina hasil daripada eksperimen yang dianalisa dengan mengangkat data dan kesimpulannya akan membentk teori psikologi umum. Psikologi Barat lebih kepada bidang klinikal, industri dan lain-lain.

Perbandingan yang telah diperjelaskan ini dapat dilihat bahawa psikologi Islam itu kelihatan lebih sempurna berpandukan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan bukti yang kukuh membawa kpada menjaga kemaslahatan umat disamping mencapai keredhaan Allah swt. Berbanding dengan psikologi Barat, hanya menggunakan logik akal semata-mata dalam membantu tanpa mendapat keredhaan dari Allah swt.

1 comment:

  1. assalamualaikum . boleh ana tahu daripada anta mendapatkan sumber untuk entri ini ? terima kasih .

    ReplyDelete