PSIKOLOGI DAN PERSONALITI
PENGENALAN
Kehidupan manusia ini melalui pelbagai liku-liku kehidupan bagi membentuk jati diri yang terbaik. Terdapat juga berbagai-bagai masalah dan konflik yang tidak mendapat perhatian keraa tidak difahami secara mendalam dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia. Permasalahan ini tidak akan lari tanpa penyelesaian yang benar daripada diri setiap individu. Permasalahan dan konflik ini membawa kepada munculnya pelbagai perasaan dan emosi individu seperti perasaan takut, marah, sedih, kecelaruan, gelisah, tidak tenang dan lain-lain lagi yang dapat mengganggu keadaan individu berkenaan. Ini dapat dilihat melalui gerak geri tingkah laku individu berkenaan. Tingkah laku adalah penzahiran semula apa yang tersirat dihati dan dijiwa individu.
Oleh kerana setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza maka kita tidak boleh mengklasifikasikan setiap manusia itu adalah sama. Suatu tingkah laku itu berlaku adalah berpunca daripada sebab-sebab tertentu. Tanpa sebab-sebab yang logikal, sesuatu perubahan tingkah laku individu itu tidak akan berlaku. Ini dapat dilihat apabila seorang individu yang tidak dikenali, tiba-tiba menembak tanpa tujuan kearah orang ramai dan mengakibatkan kecederaan. Kita tidak seharusnya menyimpulkan bahawa individu itu mengalami masalah jiwa. Akan tetapi kita perlu berfikir adakah orang seperti itu mengalami masalah jiwa? Apakah yang menyebabkan orang itu mengamuk? Mengapa disasarkan kepada orang ramai? Segala persoalan ini akan memberi beribu jawapan dari orang ramai yang melihatnya. Jawapan-jawapan ini beasaskan daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap tingkah laku individu itu tadi (Mahmood Nazar,1990:4).
Di dalam hadith Nabi Muhammad SAW, riwayat Muslim :
“ Seseorang itu dilahirkan berdasarkan fitrahnya yang suci murni, maka selepas itu dia diwarnai oleh kedua-dua ibu bapanya samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi sepertimana haiwan melahirkan haiwan.”
Setiap individu itu dilahirkan dalam keadaan suci dan ibu bapa perlu membentuk akidah dan akhlak anak-anak samaada mengikut Yahudi, Majusi atau Nasrani. Akhlak individu merupakan satu sahsiah atau keperibadian individu dalam membentuk kelakuan yang tersusun serta perwatakan yang bersesuaian dengan persekitaran dan tahan berterusan setiap masa. Ia juga disebut sebagai personaliti yang dapat dikenali melalui gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku dan cara bekerja. Rangkaian yang berkaitan dalam kajian personality ini adalah idea, sikap, emosi, krisis kehidupan, kepercayaan, nilai dan proses yang mana seseorang cuba memahami tingkah laku masing-masing (Ab. Aziz, 1999:7).
Personaliti dapat ditafsirkan sebagai akhlak atau sahsiah. Akhlak yang baik merupakan tingkah laku yang baik yang keluar daripada pancaran hati yang baik. Ia samalah seperti tanaman yang berguna kepada diri dan orang lain. Sebagaimana dalam firman Allah SWT di dalam surah al-‘Araf ayat 58 :
à$s#t7ø9$#ur Ü=Íh©Ü9$# ßlãøs ¼çmè?$t6tR ÈbøÎ*Î/ ¾ÏmÎn/u ( Ï%©!$#ur y]ç7yz w ßlãøs wÎ) #YÅ3tR 4 y7Ï9ºx2 ß$Îh|ÇçR ÏM»tFy$# 5Qöqs)Ï9 tbráä3ô±o ÇÎÑÈ
Maksudnya : “ Dan negeri yang baik ( tanahnya ), tanaman-tanamannya tumbuh ( subur ) dengan izin Allah SWT, dan negeri yang tidak baik ( tanahnya) tidak ditumbuhi tanamannya melainkan dalam keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda ( kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang mahu bersyukur.”
Di dalam ayat ini Allah SWT membandingkan faedah yang didapati dari orang yang berakhlak mulia dengan orang yang tidak berakhlak mulia. Ini seperti sebuah negeri yang tanahnya subur yang menumbuhkan berbagai-bagai tanam-tanaman yang boleh memberi faedah kepada pemiliknya yang berakhlak mulia dan kepada semua orang. Manakala sebuah negeri lain yang tanahnya buruk dan tidak subur hanya menghasilkan buah dan tanaman yang buruk dan tidak baik. Ia tidak memberi manfaat kepada pemilik tanah dan orang lain.
No comments:
Post a Comment