~Assalamualaikum~

salam wbt

Thursday, March 10, 2011

islam itu baek dari segi persoanalitinya...!

Jenis-jenis Personaliti Dari perspektif Islam

Personaliti merupakan tingkah laku manusia seperti sikap, sahsiah, tabiat dan perangai. Kajian ini lebih menumpukan kepada akhlak manusia dalam kehidupan seharian dengan persekitaran. Personaliti di dalam al-Quran ada tiga jenis(Fariza,Salasiah & Jurairi,2008:12):

1. Personaliti al-Mukminun

Personaliti ini merupakan personaliti yang baik dalam hubungannya dengan Allah, dia beriman, bertakwa dan ikhlas menyembahnya. Begitu juga hubungan diri sendiri dengan orang lain, selalu berusaha mencari keredhaan Allah SWT, mengharapkan pahalanya dan takut kepada azab Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Sajadah ayat 19:

$¨Br& tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# öNßgn=sù àM»¨Zy_ 3urù'yJø9$# KwâçR $yJÎ/ (#qçR%x. tbqè=yJ÷ètƒ ÇÊÒÈ

Maksudnya: “Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.”

Ciri-ciri penting al-Mukminun yang pastinya adalah hatinya sentiasa khusyuk mengingati Allah SWT. Mereka juga sentiasa menyesali perbuatan yang telah dilakukan walaupun hanya dosa-dosa kecil. Mereka ini akan sentiasa berzikir kepada Allah SWT dan mengingati azab yang telah dijanjikan Allah SWT. Selain itu perlunya memahami ayat-ayat al-Quran. Hati orang mukmin akan kukuh keimanannya apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang menceritakan keagungan Allah SWT. Bukan setakat membaca sahaja malah menghayati setiap ayat dan isi utama yang berkaitan dengan kejadian alam dan keesaannya (Fariza,Salasiah & Jurairi,2008:13).

Namun begitu setiap manusia perlu bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha. Orang yang benar-benar beriman akan mengenali Tuhannya dan sentiasa akan bertawakal kepada Allah SWT atas segala apa jua yang ingin dilakukan atau yang telah dilakukan. Begitu juga dengan kewajipan menunaikan solat bagi memperkukuhkan lagi tiang agama. Solat merupakan agen utama menyucikan jiwa manusia dan sebagai bukti keimanan seseorang. Dan yang terakhir membelanjakan rezeki Allah SWT mengikut kesesuaian seperti dengan menggunakannya untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak, membayar zakat, bersedekah dan lain-lain yang membawa kepada keredhaan Allah SWT (Fariza, Salasiah & Jurairi,2008:12).

2. Personaliti al-Kafirun.

Personaliti ini merupakan satu personaliti yang tidak beriman dalam menjalinkan hubungan dengan Allah SWT. Manakala hubungan diri sendiri dengan orang lain juga hanya cenderung kearah untuk memuaskan hawa nafsu dan cintakan dunia. Pemikirannya tidak dapat dipengaruhi untuk menerima seruan tauhid. Individu ini mempunyai sifat-sifat yang tercela. Antara contoh sifat ini seperti bersifat dengki, sombong, takabbur dan segala sifat-sifat mazmumah. Satu sifat tidak akan ada pada seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT, rasul dan hari akhirat (Fariza,Salasiah & Jurairi,2008:13).

Ciri-ciri orang kafir seperti kafir atas sebab keturunan, sentiasa membuat tipu daya dan takabbur, menuruti tuntutan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan fasik, menolak hari kebangkitan dan hari pembalasan serta menolak segala bukti-bukti yang diberikan oleh Allah SWT. Ini merupakan personaliti yang bertentangan dengan orang yang beriman(Fariza,Salasiah & Jurairi,2008:13). Mereka tidak beriman dengan Allah SWT tetapi sebaliknya mereka menyembah patung-patung berhala dan menolak dari mempercayai adanya hari kebangkitan. Personaliti al-Kafirun ini ada dinyatakan dalam al-Quran di dalam surah al-An’am ayat 74:

* øŒÎ)ur tA$s% ÞOŠÏdºtö/Î) ÏmŠÎ/L{ uy#uä äÏ­Gs?r& $·B$uZô¹r& ºpygÏ9#uä ( þÎoTÎ) y71ur& y7tBöqs%ur Îû 9@»n=|Ê &ûüÎ7B ÇÐÍÈ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya Aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

Golongan ini mempunyai personaliti orang kafir yang terlalu mementingkan dunia dan menolak bukti-bukti yang menunjukkan kekerasan dari Allah SWT.

3. Personaliti al-Munafiqun

Ia merupakan satu personaliti yang mempunya hubungan dengan pencipta iaitu Allah SWT. Sifat ini sentiasa merasa ragu-ragu dan tidak yakin serta tidak mampu untuk bersikap tegas terhadap akidah dan tauhid. Manakala hubungan dengan diri sendiri serta orang lain menjadikan seseorang itu kurang mempercayai dirinya sendiri, takut kepada orang yang beriman serta takut pada orang kafir. Ini menjadikan mereka berani melakukan pembohongan, riak dalam melakukan ibadah dan lain-lain lagi.

Antara ciri-ciri orang yang munafik ini dapat dilihat apabila seseorang menzahirkan perkara yang baik dan menyembunyikan keburukan dan keengkaran mereka terhadap ajaran Islam. individu itu pandai mempermainkan rakannya serta memperbodohkan mentaliti individu lain dalam seharian. Selain itu juga, individu munafik ini sentiasa lemah dalam menegakkan diri daripada perkara buruk. Mereka ini juga berani melakukan kerosakan di muka bumi Allah SWT yang nyata ini. Mereka ini juga mempunyai personaliti yang suka mengadu domba bagi mendapatkan pujian dan pengiktirafan dari orang lain (Fariza,Salasiah & Jurairi,2008:14). Sebagai mana dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 13:

#sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% öNßgs9 (#qãYÏB#uä !$yJx. z`tB#uä â¨$¨Z9$# (#þqä9$s% ß`ÏB÷sçRr& !$yJx. z`tB#uä âä!$ygxÿ¡9$# 3 Iwr& öNßg¯RÎ) ãNèd âä!$ygxÿ¡9$# `Å3»s9ur žw tbqßJn=ôètƒ ÇÊÌÈ

Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang Yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”