~Assalamualaikum~

salam wbt

Thursday, March 10, 2011

~ PERSONALITY???? WHAT??? ~

PERSONALITI

Definisi Personaliti

Personaliti dan perkataan Inggeris “person” merupakan dua perkataan yang berkait antara satu sama lain. Personaliti adalah memperihalkan seseorang individu itu. Secara khususnya, personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara berfikir, beraksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Ini menunjukkan personaliti adalah memperihalkan sifat-sifat manusia dari segi fizikal, emosi dan kognitif seseorang (Mahmood Nazar, 1990: 257).

Personaliti menurut perspektif Islam merujuk kepada perkataan Arab ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’ yang dimiliki pada setiap individu. Akhlak dalam perkataan Arab bermaksud budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. Akhlak ini menentukan keterampilan seseorang itu sendiri ( Fariza, Salasiah & Jurairi,2008:2).

Personaliti manusia telah dikaji oleh pakar-pakat psikologi seperti Sigmund Freud, Carl Jung, Alfred Alder, Carl Roger, Albert Bandura, Abraham Maslow, B.F Skinner, Raymond B. Cartell dan ramai lagi. Mereka semua mengutarakan teori masing-masing dalam memperdebatkan mengenai personaliti manusia, bagaimana cara untuk mengenalinya dan memahaminya. Antaranya Sigmund Freud menyatakan bahawa personaliti itu adalah hasil intergrasi struktur-struktur id, ego dan super ego. Carl Jung pula melihat personaliti sebagai intergrasi ego, alam tidak sedar peribadi, alam sedar kolektif, kompleks-kompleks, persona dan beberapa struktur lain. Alfred Alder pula melihatnya sebagai cara kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap masalah hidup dan matlamat hidup (Mahmood Nazar, 1990: 258).

Menurut Uthman Najati (1985) di dalam bukunya Al-Quran wa ‘Ilm al-Nafs menjelaskan personaliti atau sahsiah bermaksud susunan dinamik dalam diri individu manusia dalam menentukan watak tersendiri sewaktu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Individu dilihat sebagai keseluruhan yang integral yang bertindak melibatkan jasmani dan rohani sehingga dapat menentukan keperibadiannya yang berbeza dengan orang lain. Beliau juga menjelaskan personality adalah yang dipupuk dengan keimanan dan ketakwaan. Antara faktor luaran ialah kejayaan yang diperoleh, semangat, pujian dan sebagainya. Manakala faktor dalaman pula ialah perasaan cinta kepada Allah SWT, bertakwa, sabar dan segala sifat baik. Hasil daripada gabungan keduanya akan menghasilkan seorang muslim yang mempunyai personaliti yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dan mampu menghadapi segala dugaan ( Fariza, Salasiah&Jurairi, 2008:3)

Menurut Imam Al-Ghazali akhlak merupakan satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa melakukan permikiran dan pertimbangan (Ibrahim Anis,1972:202). Selain itu akhlak juga di definisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa hingga melahirkan pelbagai perbuatan samada baik atau buruk tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan ( Abdul Karim Zaidan,1976:75).

Daripada beberapa definisi personaliti yang telah dikemukakan di atas dapatlah diberikan kesimpulan bahawa personaliti atau dengan kata lain ‘sahsiah’ atau ‘akhlak’ ini hasil daripada pengkajian yang telah dilakukan terhadap sifat-sifat individu itu sendiri dan perbezaan yang dikenalpasti di antara satu individu dengan individu yang lain. Personaliti adalah keperibadian seseorang dalam menafsirkan keadaan diri dari segi tingkah laku, kognitif dan emosinya serta kehidupannya dengan persekitaran.

1 comment: