Psikologi Menurut Barat
Psikologi berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu psyhe dan logos. Psyhe membawa maksud jiwa, rohani atau mental manakala logos pula bermaksud kajian. Hasil daripada gabungan dua perkataan ini membawa maksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia (Mahmood Nazar, 1990: 4).
Daripada makna dua perkataan ini sahaja, membawa kepada pelbagai pendefinisian yang disarankan oleh pakar-pakar psikologi dari seluruh dunia. William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental. Beliau menekankan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia (Mahmood Nazar, 1990: 4). Woodworth dan Marguis mendefinisikan psikologi sebagai suatu ilmu pengetahuan yang mempelajari aktiviti individu dari semenjak dalam kandungan sehingga meninggal dunia dalam hubungan dengan alam sekitar (Asyura Md Azmi, 2003:18).
Psikologi ini boleh diberikan kepada beberapa bahagian berdasarkan pendefinisian di atas. Pertama, psikologi sebagai satu kajian saintifik. Ini bermaksud kajian-kajian yang dilakukan dalam disiplin psikologi menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan saintifik seperti kajilidikan, peninjauan, kolerasi, pemerhatian, kajian kes dan lain-lain. Kedua, psikologi sebagai mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia adalah perbuatan yang boleh kita lihat. Semua tingkah laku ini berbentuk lampau (overt behaviour) seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul dan lain-lain. Ketiga, pakar-pakar psikologi menjalankan kajian-kajian ke atas proses-proses mental manusia dikenali sebagai tingkah laku terselindung (convert behaviour) . Ia merupakan satu tingkah laku yang tidak dapat kita lihat seperti bayangan, perasaan, mimpi, fantasi, khayalan dan lain-lain. Semua kajian tersebut mempunyai signifikan yang tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung atau secara tidak langsung (Mahmood Nazar, 1990: 4).
Psikologi Menurut Islam
Dari perspektif Islam pula, menurut Mu’jam Ilmu Nafs menyatakan psikologi itu adalah ilmu nafs atau kata lain ilmu jiwa. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa ilmu psikologi merupakan ilmu biologi yang menzahirkan kehidupan dalaman bermula dari pertumbuhannya dan perkembangannya. Dalam bahasa arab psikologi disebut ilmu al-nafs. Selain menggunakan kata nafs, dalam temologi bahasa Arab juga dikenalkan kata roh, aql dan qalbu (Khaizir, Jawiah dll,2009:38).
Menurut Ibn Rusyd, beliau telah mengaitkan Ilmu al-Nafs ini dengan roh. Dalam menafsirkan al-Nafs, orang akan cenderung untuk mengaitkan dengan tingkah laku yang tidak baik dan roh pula dikaitkan dengan kemuliaan (Uthman Najati,1993: 234).
Menurut Ibnu Sina, ilmu al-Nafs merupakan sebahagian daripada ilmu tabiat atau ilmu tingkah laku (Uthman Najati,1993:117). Manakala dari perspektif al-Quran pula, psikologi mempunyai empat istilah merupakan juga melibatkan sistem nilai, sikap, pegangan dan cara hidup seseorang (Khaizir, Jawiah dll,2009:14)
1. Al-Nafs iaitu yang membincangkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kemanusiaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr ayat 29-30:
Í?ä{÷$$sù Îû Ï»t6Ïã ÇËÒÈ Í?ä{÷$#ur ÓÉL¨Zy_ ÇÌÉÈ
Bermaksud: “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia."Dan masuklah ke dalam syurgaKu! "
2. Al-Qalb yang membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan emosi, perasaan dan hati manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 32:
tA$s%ur tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. wöqs9 tAÌhçR Ïmøn=tã ãb#uäöà)ø9$# \'s#÷Häd ZoyÏnºur 4 y7Ï9ºx2 |MÎm7s[ãZÏ9 ¾ÏmÎ/ x8y#xsèù ( çm»oYù=¨?uur WxÏ?ös? ÇÌËÈ
Bermaksud: “Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana kami hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”
3. Al-Ruh pula menjelaskan tentang kematian, wahyu dan pemberian hidup. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 25:
Nåk÷]ÏBur `¨B ßìÏJtGó¡o y7øs9Î) ( $uZù=yèy_ur 4n?tã öNÍkÍ5qè=è% ºp¨ZÏ.r& br& çnqßgs)øÿt þÎûur öNÍkÍX#s#uä #\ø%ur 4 bÎ)ur (#÷rtt ¨@à2 7pt#uä w (#qãZÏB÷sã $pkÍ5 4 #Ó¨Lym #sÎ) x8râä!%y` y7tRqä9Ï»pgä ãAqà)t tûïÏ%©!$# (#ÿrãxÿx. ÷bÎ) !#x»yd HwÎ) çÏÜ»yr& tû,Î!¨rF{$# ÇËÎÈ
Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
4. Al-Aql menjelaskan tentang hal-hal yang berkaitan manusia berfikir. Sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Tariq, ayat 5 hingga 7:
ÌÝàYuù=sù ß`»|¡RM}$# §NÏB t,Î=äz ÇÎÈ t,Î=äz `ÏB &ä!$¨B 9,Ïù#y ÇÏÈ ßlãøs .`ÏB Èû÷üt/ É=ù=Á9$# É=ͬ!#u©I9$#ur ÇÐÈ
Maksudnya: “5. (setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. 6. ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) -7. yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.”
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa psikologi merupakan satu kajian yang dilakukan terhadap tingkah laku dalam memahami minda dan jiwa manusia. Ini menjadikan kita berfikir punca berlakunya suatu tindakan serta perubahan tingkah laku individu. Ianya juga bertujuan untuk memahami tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis proses dan perasaan-perasaan yang dialaminya.
No comments:
Post a Comment