1 Personaliti Baik dan Buruk
Personaliti ini terbahagi kepada dua iaitu personaliti yang baik dan personaliti yang buruk. Apabila personaliti baik maka keadaan batin juga akan menjadi baik. Puncak akhlak yang baik ada pada diri Rasulullah SAW. Ini adalah kerana baginda telah mencapai kesempurnaan akhlak. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengingatkan Mu’az bin Jabal, “ Baguskanlah akhlakmu” (Al-Ghazali,2010:334). Rasulullah SAW menempatkan penyempurnaan akhlak yang mulia sebagai misi pokok risalah Islam. Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (HR. Baihaqi)
Akhlak yang baik ini akan memberatkan timbangan kebaikan seseorang pada hari akhirat kelak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud (Yunahar Ilyas,1990:7):
“ Tidak ada satu pun yang akan lebih memberatkan timbangan (kebaikan) seorang hamba mukmin nanti pada hari kiamat selain dari akhlak yang baik”. ( HR. Tirmizi)
Selain itu, orang yang paling dicintai serta orang yang paling dekat dengan Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.maka di sini telah jelas bahawa akhlak yang baik itu merupakan satu landasan menuju kepada pencipta dengan mendapat ganjaran syurga. Rasulullah SAW juga menyatakan bahawa baik buruknya akhlak seseorang menjadi pengukur kepada iman seseorang. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW (Yunahar Ilyas,1990:7) :
“ Demi Allah! Dia tidak beriman! Demi Allah! Dia tidak beriman! Demi Allah! Dia tidak beriman! Seorang sahabat bertanya: “ Siapakah yang tidak beriman itu ya Rasulullah?” maka Rasulullah menjawab: “ Orang yang jiran tetangganya tidak aman dari keburukannya.” (HR.Bukhari)
Islam telah menjadikan akhlak yang baik sebagai bukti dan hasil dari ibadah hanya kepada Allah swt. Sebagai contoh solat, menunaikan haji, membayar zakat dan puasa. Seseorang yang mendirikan solat dengan sempurna sudah pasti seseorang itu terhindar dari perbuatan keji kerana dengan bersolat membolehkan manusia mencegah diri dari kemungkaran. Ibadah yang baik dan diterima oleh Allah swt melahirkan akhlak yang terpuji (Yunahar Ilyas,1990:7). Firman Allah swt dalam surah al-Ankabut ayat 45:
ã@ø?$# !$tB zÓÇrré& y7øs9Î) ÆÏB É=»tGÅ3ø9$# ÉOÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# ( cÎ) no4qn=¢Á9$# 4sS÷Zs? ÇÆtã Ïä!$t±ósxÿø9$# Ìs3ZßJø9$#ur 3 ãø.Ï%s!ur «!$# çt9ò2r& 3 ª!$#ur ÞOn=÷èt $tB tbqãèoYóÁs? ÇÍÎÈ
Maksudnya: “Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”
Antara contoh akhlak atau personaliti yang baik adalah seseorang itu sentiasa berlaku adil, jujur, amanah, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, sentiasa bersedekah, membantu orang yang susah dan lain-lain sifat mahmudah yang membawa kepada kebaikan. Manakala contoh akhlak buruk seperti meninggalkan kewajipan solat, bercakap bohong, bersikap takabbur, riak dan lain-lain sifat mazmumah yang membawa kepada kerosakan kepada diri, agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment