~Assalamualaikum~

salam wbt

Monday, August 9, 2010

~MANUSIA ATAU BINATANG???~





Apalah nasib seorang bayi yang dilahir kan begitu suci ibarat kain putih tanpa dosa. Tetapi mengapa dewasa kini terdapat banyak bayi-bayi dibuang merata-rata? Seperti seorang anak yang tidak mempunyai harga. Ada segelintir ibu kepada bayi berkenaan sanggup membunuh bayi yang belum mengenal kehidupan dengan membuang mereka di tong sampah, di tepi jalan, di tepi surau dan masjid serta ada yang sanggup membiarkan bayinya dibawah embun malam dan dimakan oleh anjing. Begitu tegar si ibu. Segalanya berlaku hasil dari penzinaan yang telah dilakukan oleh remaja masa kini terutamanya. Mereka mengambil jalan singkat untuk menutupi malu terhadap keluarga dan masyarakat. Tapi mengapa tidak berasa malu ketika hendak melakukannya sedangkan segala perbuatan dilihat oleh Allah. Sudahlah melakukan dosa akibat berzina, malah bertambah lagi dosa dengan membunuh dan membuang bayi berkenaan. Ini bukan perkara baru malah telah lama berlaku dan sering tersiar di dada akhbar. Ini menunjukkan betapa rosaknya akhlak muda mudi kita sekarang ini.

Segelintir muda- mudi kita pada hari ini seperti hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan akal dalam melakukan segala tindakan. Mereka lebih pentingkan keseronokan berbanding menilai halal haram yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mengapa mereka tidak melakukan ketika sudah mempunyai pertalian yang sah? Itu adalah jalan yang terbaik dari melakkan dosa. Adakah kerana tidak berkemampuan? Atau akibat dari mendapat halangan keluarga? Segalanya itu boleh diatasi tetapi bukan mengatasi melalui cara yang boleh merosakkan diri sendiri. dengan cara ini bukan sahaja dapat membanteras masalah pembuangan bayi malah mendapat keredhaan dari Allah SWT dan meramaikan lagi umat nabi Muhammad SAW yang beriman dan bertakwa.

Firman Allah SWT dalam surah Syura ayat 49-50 yang bermaksud:
" Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang di kehendaki, Dia memberi anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakinya atau menganugerahkan kedua-dua anak lelaki dan perenpuan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Pengertian ayat diatas menerangkan kepada kita bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Segala ketentuan di tangan Allah. Kita hendaklah bersyukur atas segala perberiannya dan menghargainya kerana bukan semua manusia dapat seperti kita dapat. Sekiranya dideri zuriat jaga la ia, zuriat bukan untuk dibuang tetapi untuk menjadi penyambung warisan dan umat Muhammad dimuka bumi ini. Akan tetapi perlu diingat bahawa melahirkan zuriat biarlah dari pertalian yang sah dan suci bukan hasil dari persetubuhan haram kerana ia dilaknat oleh Allah. Anak-anak ibarat kain putih. perlu dilentur dari awal seperti ibarat melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Asuhlah mereka dan ajarkan mereka akhlak yang mulia. Anak-anak adalah permata keluarga buat ibu dan ayah. Anak yang lahir dari pertalian yang suci dan sah akan membentuk anak-anak yang berkualiti.

Isu-isu pembuangan dan pembunuhan bayi ini bukan isu baru malah ia telah wujud pada zaman jahiliah lagi. Ini dapat dibuktikan pada ketika itu bagi mereka anak-anak perempuan ini akan memalukan kelarga sekiranya mereka hidup. Sehinggakan pada waktu itu Saidina Umar juga membunuh anak perempuannya dengan menanamnya di tengah-tengah padang pasir. Dimanakah keperimanusiaan manusia sedangkan haiwan lagi baik menyanyangi anak-anaknya. ini dapat dibuktikan dengan satu kisah seekor singa yang telah membunuh seekor ibu monyet dan melihat ibu monyet berkenaan ada seekor anak. Sang Singa rasa bersalah kerana membunuh Ibu anak monyet berkenaan dan mengambil keputusan untuk menjaga anak monyet berkenaan sehingga anak monyet berkenaan pandai hidup berdikari. Begitu kasih haiwan yang berlainan jenis, tetapi manusia? Sanggup membuang anaknya sendiri begitu sahaja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Hak anak ke atas ayahnya adalah memberi nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkan apabila cukup umur dan mengajar mengaji al-Quran."

Segala pemasalahan yang berlaku bermula dari didikan ibu bapa dirumah, perhatian ibu bapa terhadap anak-anak, pengawasan terhadap pergaulan anak-anak dengan rakan mereka serta didikan agama yang diterapkan dirumah. Adakah ia memadai untuk membendung gejala keruntuhan akhlak ini? Peranan ibu bapa haruslah sentiasa memerhatikan gerak geri anak-anak agar anak-anak tidak terjebak ke kencah kemaksiatan. Ibu bapa perlu sentiasa membimbing dan menasihati disampaing menyelami perasaan anak-anak agar dapat mengetahui apa sebenarnya yang mereka hendakkan pada ketika itu. Kepimpinan dalam institusi kekeluargaan memainkan peranan penting untuk menilai tegak bangunnya institusi kekeluargaan dalam mendapat keredhaan Allah SWT. Sekiranya ibu bapa dapat menyelami perasaan anak-anak akan kehendak mereka, situasi mereka terhadap hidup berpasangan dan umur mereka bersesuaian maka kahwinkanlah mereka dengan pilihan yang terbaik. Ini dapat menjamin keluarga yang bahagia serta zuriat yang berkualiti. Ini juga dapat menjaga kemaslahatan keluarga dan masyarakat serta agama.

Begitu juga dengan institusi pengajian anak-anak. Perlunya guru yang mendidik memainkan peranan penting seperti ibu bapa. Disekolah atau institusi pengajian pembelajaran, guru-guru sentiasa perlu mengawasi tindakkan anak didiknya. Guru-guru juga perlu mendidik serta membimbing anak didiknya serta memberi teladan yang baik. Ini adalah kerana untuk anak-anak didik tidak terleka denagn pancaroba duniawi yang penuh dengan sekularisme.

Dan yang paling utama adalah diri individu itu sendiri. Individu itu sendiri perlu menjaga maruah diri serta mahkota diri agar tidak terjebak kepada penzinaan. Perlunya mengawal segala macam pergolakan nafsu. setiap individu perlu mengaplikasikan apeyang telah dipelajari terutamanya pelajaran agama. Perlu menjaga batas-batas pergaulan, serta sekatan-sekatan halangan dalam kehidupan yang telan digariskan didalam al-Quran dan al-Sunnah. wahai muda mudi masa kini marilah kita sama-sama membanteras gejala ini disamping mencapai keredhaan Allah SWT. Berjuanglah untuk menjadi umat yang berakhlak mulia menjana generasi rabbani.

No comments:

Post a Comment