~Assalamualaikum~

salam wbt

Sunday, October 3, 2010

~ jom sujud!!!! ~

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Ulama’ juga menyatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir sekali antara kita dan Allah SWT iaitu dengan menggalakkan kita bersujud lebih lama ketida berada dalam solat. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala, migraine dan menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan minda kita.

Ketika Rasulullah hendak melakukan sujud, Baginda meletakkan kedua-dua lututnya terlebih dahulusebelum kedua-dua tangannya. Setelah meletakkan kedua lututnya baginda kemudiannya meletakkan kedua tangannya, lalu keningnya, lalu hidungnya.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

~ sakit perut???~

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, kesayangan kita maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)

Sunday, August 29, 2010

~ kita nie okey ke???~

Bangun!! Bangkit!! “Tangi!!” jangan malas- malas! Mau jadi ape kalau malas?

“Tu haram.. nie haram…” “solat khusuk macamnie…” “puasa kena tahan lapar tahan nafsu..” “ tudung tu senteng.. kena menutupi dada depan belakang dan tepi kiri kanan….” Riba’ dan rahsuah tu dosa….. bla bla bla……..

Pumpang! Pumpang! Pumpang! Pumpang!

Kita selalu syok bercakap tentang segala permasalahan umat, segala peringatan dann teguran yang baik-baik tentang akidah, muamalat, munakahat, ibadah dan jenayah. Tapi adakah semua yang kita katakan tentang peringatan, teguran, pandangan ini kita lakukan juga dalam kehidupan seharian kita?

“ Kita ni okey ke??”

Kita sahaja tau siapa dan bagaimana diri kita sebenarnya samada okey ke tidak, betul ke tidak. Bila kita tanya pada diri kita sendiri, kita kena jawab dengan hati kecil kita. Hati kecil kita? Kita kena ingat kita manusia ini mempunyai dua hati iaitu hati besar dan hati kecik.

1. Hati besar ialah hati yang selalu membohongi kita, yang selalu bercakap bohong untuk menyedapkan hati kita. Ia merupakan hati yang negatif yang suka membesar-besarkan diri contoh bangga diri, riak, takabbur dan lain-lain.

2. Hati kecil pula adalah hati yang sering mengeluh dan sedar akan keadaan diri sendiri. Hati ini merupakan hati yang positif yang sentiasa muhasabah hati dan menyedarkan manusia siapa diri mereka sebenarnya.

Kawan-kawan…

Cuba kita tengok kedua-dua hati itu ada ke tidak dalam diri kita?? Dalam diri saya, ada. Menipula sekiranya tiada. Hanya diri kita sahaja tahu jenis apakah hati kita. Kita jugalah yang menentukan tindakan yang perlu diambil dalam sesuatu tindakan kita selanjutnya. Positif atau negatif?

“ Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya lah hati kita dulu, adakah tujuan kita hendak memberi nasihat atau hendak memberi malu kepada orang?? Apabila kita menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita?? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita ini lebih tahu? Kita hendaklah bercakap tentang sesuatu, kita hendaklah ketahui niat sebenarkita samaada hendak menunjukkan kepandaian kita atau rasa berkewajipan menyampaikan ilmu..”

Ingatlah…..

Pahala sesuatu amalan ditentukan oleh keikhlasan kita. Sekiranya tujuan kita ini bukan kerana Allah maka amalan itu seperti debu berterbangan tatkala ditiup angin.

Ini boleh kita lihat dari sebuah kisah seorang tua bertemu seorang pemuda diperjalanan ke sebuah surau untuk menunaikan solat isyak. Diperjalanan mereka berbual-bual. Setiap bait-bait kata orang tua itu semua bercakap tentang ayat al-Quran itu baik dan penting. Tetapi dalam kepentingan itu beliau “pegang” betul-betul dan meminta pemuda berkenaan memegang betul-betul juga tiga surah itu. Beliau juga menasihatkan pemuda itu pesan pada anak-anaknya supaya pegang betul-betul dan meminta agar anak-anaknya berpesan kepada anak-anak mereka pegang betul-betul ketiga-tiga surah ini dan seterusnya… ketiga-tiga surah itu ialah……

Pertama, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah solat, ia juga merupakan doa minta bantuan dari Allah dan memintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan MENJAGA bersungguh-sungguh surah ini, akan terbukan pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita….

Kedua, surah al-Ikhlas. Surah ini merupakan surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untukNya. Tak guna kita buat baik tapi tidak ikhlas.

Ketiga, surah al-Kafirun. Bahagian ini menarik sikit. Surah al-Kafirun ini ada kena mengena dengan zaman sekarang iaitu zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi ini, anak-anak kita mesti diajar dari awl supaya berpegang betul-betul pada surah itu. Ini kerana dalam zaman globalisasi, anak-anak kita mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amareka atau kemana-mana je. Kalau anak-anak kita berpegang pada surah al-Kafirun, insyaallah kita dan anak-anak kita selamat. Ini adalah kerana kita akan bergaul dengan orang yang beragama lain. Secara tidak langsung kita dan anak-anak akan sedar “ untukmu agamamu, untukku agamaku.”

Betul juga kata pemuda itu. Kemudian orang tua itu cakap ada satu perkara lagi yang pemuda itu mesti pegang. Orang Islam mesti ada tiga kekuatan.

Pertama kekuatan minda. Orang Islam mesti ada ilmu termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu sains dan sebagainya kerana ilmu penting untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak pun ilmu yang dia ada, dia akan sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ada ilmu, ada iman, hidup mesti jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuatmaknanya kekuatan tak seimbang dan ilmju boleh rosakkan iman.

Dan yang ketiga kekuatan fizikal. Kalu atubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk minda. Kalu ada ilmu, ada iman, jika tubuh badan tak kuat susah nak beramal. Maknanya kekuatan masih tak seimbang .

Daripada kisah ini, dapat dilihat bahawa apa yang diperkatakan oleh orang tua itu dipraktikkan dalm dirinya dan beliau juga tidak menggunakan ilmunya hanya untuk dirinya sendiri… malah beliau berkongsi ilmu untuk kesejahteraan saudara-saudaranya. Kenalilah diri kita…. Muhasabah sentiasa agar kita sedar adakah kita ini okey??......

Monday, August 23, 2010

~..bonggol unta..~

عن أبي هريره قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم صنفان هن أهل النار لم أرهما قوم معهم سياط كأذناب القبر يضربون بها الناس ونسأ كاسيا عاريات مميلات مائلات رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من ميز كذا و كذا

Maksudnya: “ Rasulullah pernah bersabda dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat, kumpulan manusia yang memegang cemeti seperti seekor lembu lalu memukul manusia (zalim) dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan kepada menarik perhatian orang lain, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya walaupun baunya boleh dicium dengan jarak sekian sekian.

Berpandukan daripada hadis Nabi yang dipetik dari dalam kitab Muwatta’ Imam Malik menurut riwayat Muslim, saya ingin mengulan satu sesi soal jawab yang menyentuh mengenai aurat wanita berupa bonggol unta adakah haram ataupun tidak. Pengulasan saya ini berpunca apabila saya terbaca sebuah artikel sesi soal jawab agama dalam “Metro Online” yang berlaku antara seorang pendakwah wanita dengan seorang wanita yang berada didalam kemusykilan.

“ Apakah hukum sesorang wanita yang memakai tudung sehingga menampakkan simpulan rambutnya seperti bonggol unta yang sering kita lihat , fenomena ini berlaku dalam kalangan artis tanah air kita sekarang dan wanita moden kini? Adakah ia diharuskan?” kata-kata wanita musykil.

“ Tidak salah bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun hukumnya harus bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Sayan tidak melihat bersanggul tinggai ini menampakkan seorang wanita itu berlebihan dalam penampilannya.” Jawapan seorang pendakwah wanita.

Jawapan pendakwah ini, menarik minat saya dan membenarkan saya mengimbau zaman persekolahan saya di SMA At-tarbiah Al-islamiah Batu Pahat. Guru saya selalu tegur kawan-kawan,

“ bonggol unta tu nak bg siapa tengok?? Berdosa perempuan menampakkan sanggul kepalanya. Turunkan sekarang!!!”

Fenomena ini sering kita lihat pada era kini terdapat pelbagai bentuk fesyen yang muncul dan mula dipergayakan oleh kebanyakan wanita moden kini. Bukan hanya menggunakan sanggul yang terhasil dari puntalan rambut sendiri malah terhasil dari sanggul buatan yang ada dipasaran sekarang. Bagoi mereka gaya seperti ini begitu menarik dan cantik, walhal apa yang terjadi disebalik kecantikan itu terdapat dosa yang menanti.

Ini dijelaskan berpandukan hadith yang telah dikemukakan diatas, menjelaskan bahawa memperlihatkan sanggul yang tinggi adalah haram dan tidak dibolehkan. Ini dapat dilihat dalam hadith Rasulullah melarang sekeras-kerasnya bonggol unta tersebut hingga tidak membolehkan seseorang itu masuk ke syurga apatah lagi menciaum baunya.

“…..rambut mereka seperti bonggol unta, mereka ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya………”

Bukan hanya hanya orang yang betudung sahaja penegahan ini malah orang yang tidak bertudung juga di tegur melalui hadith ini. Terutama orang yang tidak menutup aurat. Dalam hadith ini menjelaskan juga tentang wanita yang berpakai tetapi seperti bertelanjang dan memperlihatkan rambutnya serta bertudung tetapi bertelanjang. Ini dapat dijelaskan bahawa seseorang wanita yang berpakaian begitu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya serta bertudung tidak menepati syaratnya membawa kepada kebinasaan. Ini adalah kerana Islam menganjurkan wanita agar memakai pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan susuk tubuhnya serta memakai tudung hendaklah menutupi dada hadapan, belakang, kiri dan kanan. Serta tidak menunjukkan bonggol unta dikepalanya.

Wahai wanita!! ubahlah penampilan anda.. kecantikan anda terdapat pada penyesuaian anda dalam pemakain mengikut syariat....


Monday, August 9, 2010

~MANUSIA ATAU BINATANG???~





Apalah nasib seorang bayi yang dilahir kan begitu suci ibarat kain putih tanpa dosa. Tetapi mengapa dewasa kini terdapat banyak bayi-bayi dibuang merata-rata? Seperti seorang anak yang tidak mempunyai harga. Ada segelintir ibu kepada bayi berkenaan sanggup membunuh bayi yang belum mengenal kehidupan dengan membuang mereka di tong sampah, di tepi jalan, di tepi surau dan masjid serta ada yang sanggup membiarkan bayinya dibawah embun malam dan dimakan oleh anjing. Begitu tegar si ibu. Segalanya berlaku hasil dari penzinaan yang telah dilakukan oleh remaja masa kini terutamanya. Mereka mengambil jalan singkat untuk menutupi malu terhadap keluarga dan masyarakat. Tapi mengapa tidak berasa malu ketika hendak melakukannya sedangkan segala perbuatan dilihat oleh Allah. Sudahlah melakukan dosa akibat berzina, malah bertambah lagi dosa dengan membunuh dan membuang bayi berkenaan. Ini bukan perkara baru malah telah lama berlaku dan sering tersiar di dada akhbar. Ini menunjukkan betapa rosaknya akhlak muda mudi kita sekarang ini.

Segelintir muda- mudi kita pada hari ini seperti hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan akal dalam melakukan segala tindakan. Mereka lebih pentingkan keseronokan berbanding menilai halal haram yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mengapa mereka tidak melakukan ketika sudah mempunyai pertalian yang sah? Itu adalah jalan yang terbaik dari melakkan dosa. Adakah kerana tidak berkemampuan? Atau akibat dari mendapat halangan keluarga? Segalanya itu boleh diatasi tetapi bukan mengatasi melalui cara yang boleh merosakkan diri sendiri. dengan cara ini bukan sahaja dapat membanteras masalah pembuangan bayi malah mendapat keredhaan dari Allah SWT dan meramaikan lagi umat nabi Muhammad SAW yang beriman dan bertakwa.

Firman Allah SWT dalam surah Syura ayat 49-50 yang bermaksud:
" Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang di kehendaki, Dia memberi anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakinya atau menganugerahkan kedua-dua anak lelaki dan perenpuan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."

Pengertian ayat diatas menerangkan kepada kita bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu. Segala ketentuan di tangan Allah. Kita hendaklah bersyukur atas segala perberiannya dan menghargainya kerana bukan semua manusia dapat seperti kita dapat. Sekiranya dideri zuriat jaga la ia, zuriat bukan untuk dibuang tetapi untuk menjadi penyambung warisan dan umat Muhammad dimuka bumi ini. Akan tetapi perlu diingat bahawa melahirkan zuriat biarlah dari pertalian yang sah dan suci bukan hasil dari persetubuhan haram kerana ia dilaknat oleh Allah. Anak-anak ibarat kain putih. perlu dilentur dari awal seperti ibarat melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Asuhlah mereka dan ajarkan mereka akhlak yang mulia. Anak-anak adalah permata keluarga buat ibu dan ayah. Anak yang lahir dari pertalian yang suci dan sah akan membentuk anak-anak yang berkualiti.

Isu-isu pembuangan dan pembunuhan bayi ini bukan isu baru malah ia telah wujud pada zaman jahiliah lagi. Ini dapat dibuktikan pada ketika itu bagi mereka anak-anak perempuan ini akan memalukan kelarga sekiranya mereka hidup. Sehinggakan pada waktu itu Saidina Umar juga membunuh anak perempuannya dengan menanamnya di tengah-tengah padang pasir. Dimanakah keperimanusiaan manusia sedangkan haiwan lagi baik menyanyangi anak-anaknya. ini dapat dibuktikan dengan satu kisah seekor singa yang telah membunuh seekor ibu monyet dan melihat ibu monyet berkenaan ada seekor anak. Sang Singa rasa bersalah kerana membunuh Ibu anak monyet berkenaan dan mengambil keputusan untuk menjaga anak monyet berkenaan sehingga anak monyet berkenaan pandai hidup berdikari. Begitu kasih haiwan yang berlainan jenis, tetapi manusia? Sanggup membuang anaknya sendiri begitu sahaja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Hak anak ke atas ayahnya adalah memberi nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkan apabila cukup umur dan mengajar mengaji al-Quran."

Segala pemasalahan yang berlaku bermula dari didikan ibu bapa dirumah, perhatian ibu bapa terhadap anak-anak, pengawasan terhadap pergaulan anak-anak dengan rakan mereka serta didikan agama yang diterapkan dirumah. Adakah ia memadai untuk membendung gejala keruntuhan akhlak ini? Peranan ibu bapa haruslah sentiasa memerhatikan gerak geri anak-anak agar anak-anak tidak terjebak ke kencah kemaksiatan. Ibu bapa perlu sentiasa membimbing dan menasihati disampaing menyelami perasaan anak-anak agar dapat mengetahui apa sebenarnya yang mereka hendakkan pada ketika itu. Kepimpinan dalam institusi kekeluargaan memainkan peranan penting untuk menilai tegak bangunnya institusi kekeluargaan dalam mendapat keredhaan Allah SWT. Sekiranya ibu bapa dapat menyelami perasaan anak-anak akan kehendak mereka, situasi mereka terhadap hidup berpasangan dan umur mereka bersesuaian maka kahwinkanlah mereka dengan pilihan yang terbaik. Ini dapat menjamin keluarga yang bahagia serta zuriat yang berkualiti. Ini juga dapat menjaga kemaslahatan keluarga dan masyarakat serta agama.

Begitu juga dengan institusi pengajian anak-anak. Perlunya guru yang mendidik memainkan peranan penting seperti ibu bapa. Disekolah atau institusi pengajian pembelajaran, guru-guru sentiasa perlu mengawasi tindakkan anak didiknya. Guru-guru juga perlu mendidik serta membimbing anak didiknya serta memberi teladan yang baik. Ini adalah kerana untuk anak-anak didik tidak terleka denagn pancaroba duniawi yang penuh dengan sekularisme.

Dan yang paling utama adalah diri individu itu sendiri. Individu itu sendiri perlu menjaga maruah diri serta mahkota diri agar tidak terjebak kepada penzinaan. Perlunya mengawal segala macam pergolakan nafsu. setiap individu perlu mengaplikasikan apeyang telah dipelajari terutamanya pelajaran agama. Perlu menjaga batas-batas pergaulan, serta sekatan-sekatan halangan dalam kehidupan yang telan digariskan didalam al-Quran dan al-Sunnah. wahai muda mudi masa kini marilah kita sama-sama membanteras gejala ini disamping mencapai keredhaan Allah SWT. Berjuanglah untuk menjadi umat yang berakhlak mulia menjana generasi rabbani.